Assalamualaikum
Sepanjang bulan September kami ada membuat pakej promosi untuk pelanggan-pelanggan yang setia dengan kami.
Alhamdulillah, pakej ini telah menambat hati Puan Anim dari Kuala Lumpur. Beliau akan menyambut majlis ulang tahun anak beliau di batu pahat.
Berikut adalah pakej promosi yang kami sediakan:-
Puan Anim juga menempah kek kartun Didi & Friends. Kek yang dipinta saiznya agak besar iaitu10 inci. Kek figura sebegini memerlukan kesabaran yang tinggi dan masa yang banyak. Setiap figura memerlukan perhatian dan penelitian yang cukup rapi. Dalamnya adalah kek Devil's Moist Food Cake dilapisi oleh buttercream dan sos karamel. Luarnya kita saluti dengan krim identiti kami. Krim tidak muak dan sedap.
Di bawah ini saya serta kan kaedah memotong kek, supaya dapat dimakan oleh lebih ramai tetamu. Boleh dijadikan sebagai panduan ya.
ehsan Mr Google
Dalam pakej kita ada Club Sandwich, Chicken Sliced Grilled. Kita juga ada sandwich tuna, sandwich telur, sandwich ayam panggang. Sandwich sedap dihidang bila-bila masa untuk apa jua majlis.
Chocolate Brownies dengan dipancitkan coklat ganache dan sos karamel. Brownies sedap. Sos karamel enak.
Kek red velvet diganti dengan kek lain yang sama nilainya dan diubah bentuk empat segi, untuk di potong kecil dan mudah untuk dimakan. Kek pilihan adalah Oreo Fudge Choc Cake. Memang tepat pilihan Puan Anim. Kek ini sangat sedap, terasa coklat dan oreo di kek dan krimnya, ditambah dengan coklat Malteser dan oreo sebagai hiasan. Makan 1 pasti mahu lagi..
Juga ada Blueberry Cheese Tart sedap. Tak cukup makan sebiji juga nih. hihi..
Sebenarnya ini bukan kali pertama kami buat kek untuk Puan Anim. Ini adalah kali ke 3 sebenarnya, alhamdulillah. Terima kasih kerana percaya dengan kami. Senang sangat berurusan dengan Puan.
Selamat Ulang Tahun Nur Ain.
Selamat Ulang Tahun Hakimi.
Semoga menjadi anak-anak yang mengembirkan hari mak dan ayah dunia dan akhirat. Amminn..
Terima
kasih kerana menempah kek dari kami. Segala kekurangan dan kelemahan
kami memohon ampun dan maaf. Kami jual sebanyak harga ya.
Tempahan
untuk kek perkahwinan, kek hantaran dan door gift hendaklah dibuat 1
bulan lebih awal. Bagi kek ulang tahun pula boleh dibuat 2 minggu awal.
Jika ada yang berminat untuk menempah kek dari kami bolehlah hubungi kami di nombor yg tertera ya.
Tempahan:
WhatsApp SHJ | +6010 512 0879