NAVIGATION (tag LI for left float, UL for right float)

  • Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    MAP TO CUPPACAKE B'LICIOUS CAFE

    Tuesday, October 1, 2013

    BAKLAVA

    As salam..

    Bismillah..

    Sudah lebih seminggu kami post di FB gambar manisan yg ini.. Apakah ia sebenarnya? Mesti ramai yg tertanya2kan.. ok lah hari nih kami akn bercerita sikit.. 

    Nama manisan yg kerap saya post di wall page kami ini nama dia BAKLAVA..  Apa itu Baklava?

    Baklava adalah sejenis makanan ringan di kawasan Turki dan daerah-daerah tempat bekas kekuasaan Kerajaan Ottoman . Makanan ini terdiri dari kacang walnut atau pistache yang dicincang dan diberi pemanis (gula atau madu) dan dibungkus adunan roti tipis. Baklava sendiri sudah sangat lama didokumentasikan. Salah satu bukti tertua ialah resipi baklava di dalam sebuah buku resipi dari abad ke-14 yang dijumpai di China . Dalam buku resipi ini baklava disebut güllach .(sumber: wikipedia)

    Bagi mereka yg sudah biasa dengan makanan Timur Tengah, Baklava bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka. Baklava merupakan makanan pemanis mulut yang enak dan sangat popular. Asal usul manisan ini tidak mempunyai sejarah yang tepat. Walaupun banyak budaya yang menuntut baklava adalah hak penuh mereka namun ia dikatakan berasal daripada Turkey kerana baklava telah wujud sejak zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniah lagi di Turkey. Ianya banyak dibuat di dapur istana Sultan semasa zaman kerajaan Uthmaniah dan Sultan akan mempersembahkan Baklava di dalam dulang kepada tentera-tentera yang baru dilantik semasa acara pentauliahan mereka pada hari ke 15 Ramadan dan acara ini dinamakan sebagai Baklava AlayiWalaupun makanan ini boleh didapati sepanjang tahun namun ketika musim Ramadan kuih ini menjadi lebih popular. (sumber: Azli Razali)

    Jadi kami mengambil inisiatif ini utk memperkenalkan manisan yg sgt popular di Timur Tengah ini di Batu Pahat. Dapatlah warga batu pahat, johor.. merasa keenakkan Baklava nih kan.. 

    Personal view: masa mula2 dengar baklava nih.. persepsi saya.. mesti sgt terasa rempah ratusnya.. haisshh.. bukan suka rasa2 rempah nih.. tapi bila dah makan.. fulamakkkk... sgt sedap.. sehinggakan sy mampu ignore rasa rempah2 yg digunakan.. rasa kekacang.. rasa pastry.. a bit manis.. tapi sya ok jek.. kalo dah biasa minum teh tak der gula.. kita rasa baklava nih manis.. tapi sy dah biasa makan ice cream.. so tak manis sgt baklava nih pada saya :D

    Nak rasa sendiri? Boleh ke cafe kami di No 39, Jalan Flora Utama 5, Taman Flora Utama, Batu Pahat, Johor. 







    No comments: