Tempahan dari Fizah untuk kek hantaran perkahwinan beliau.
Kek pilihan kali ini untuk dijadikan hantaran ialah Salted Caramel Choc Cake. Kek yang moist dan sedap. Campuran caramelnya membuatkan kek ini tidak muak dan tidak mahu berhenti makan bila sekali mencuba. Kek ini disalut dengan buttercream yang tidak muak, tahan lama dan pastinya sedap. Kek coklat ini juga dihiasi dengan buah strawberry dan beraneka jenis coklat yang sedap, seperti yang dikehendaki oleh pelanggan.
Melihatkannya sahaja hati sudah tertawankan. Apatah lagi yang memilikinya.
Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke jannah.
Terima
kasih kerana menempah kek dari kami. Segala kekurangan dan kelemahan
kami memohon ampun dan maaf. Kami jual sebanyak harga ya.
Jika ada yang berminat untuk menempah kek dari kami bolehlah hubungi kami di nombor yg tertera ya.
Tempahan:
WhatsApp SHJ | +6010 512 0879
Tempahan untuk kek perkahwinan, kek hantaran dan door gift hendaklah dibuat 1 bulan lebih awal.
Bagi kek ulang tahun pula boleh dibuat 2 minggu awal.
No comments:
Post a Comment