Agak lama juga dah tak buat kek yang melebihi 3 tingkat nih. Bila diberikan tugasan oleh Dr. Syazlina, kami agak teruja.
Arahan yg ringkas, cantik dan tidak nampak berserabut. Kami cuba untuk ikut garis panduan yang diberikan.
Bunga yang akan kami gunakan adalah bunga peony, kudup, bunga-bunga kecil dan bunga fantasy. Pertama yang perlu kami lakukan adalah menyiapkan adunan Flowerpaste. Adunan ini perlu dibiarkan semalaman sebelum digunakan ya, untuk menjadikan ia elastic, bergetah dan mempunyai kemampuan untuk dicanai senipis kertas.
Keesokkan harinya, iaitu hari Rabu, kami mula mencanai adunan flowerpaste ini untuk dijadikan bunga. Proses mencanai dan membentuk kelopak perlukan sehari. Kemudian dikeringkan semalaman.
Hari berikutnya, pada hari khamis pula barulah di cantumkan kelopak-kelopak ini untuk menjadikannya sekuntum bunga peony.
Untuk kek ini kami perlukan 3 kuntum besar bunga peony. 40 batang bunga kecil, 15 batang kudup, 300 kuntum bunga kecil dan 100 kuntum bunga fantasy pelbagai saiz.
Kek ini bukan semuanya dari kek ya. 3 tingkat teratas adalah dummy, seperti permintaan pelanggan. Hanya 2 tingkat bawah adalah kek. Proses menyalut dummy menggunakan fondant dilakukan lebih awal supaya tidak kelam-kabut kerana kami perlu menyiapkan tempahan yang lain juga. Semuanya untuk majlis perkahwinan dan pertunangan pada hari jumaat dan sabtu.
Hari Jumaat adalah proses menyalut kek. Kek perlu siap dimasak sehari awal dan dibiarkan semalaman di dalam peti ais supaya bila digunakan kek tidak mendap.
Alhamdulillah, kek siap pada hari jumaat malam. Jam 11 pagi kek dihantar ke Dewan Jubli Intan, Batu Pahat, tempat majlis persandingan berlangsung.
Inilah hasil seminggu kerja keras kami..
Alhamdulillah, feedback pelanggan: seperti yang saya idamkan..
Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke jannah.
Terima
kasih kerana menempah kek dari kami. Segala kekurangan dan kelemahan
kami memohon ampun dan maaf. Kami jual sebanyak harga ya.
Tempahan
untuk kek perkahwinan, kek hantaran dan door gift hendaklah dibuat 1
bulan lebih awal. Bagi kek ulang tahun pula boleh dibuat 2 minggu awal.
Jika ada yang berminat untuk menempah kek dari kami bolehlah hubungi kami di nombor yg tertera ya.
Tempahan:
WhatsApp SHJ | +6010 512 0879
No comments:
Post a Comment